GARIS PANDUAN / TATACARA PERMOHONAN SIJIL MIM

(Sijil Akuan Iklan Buatan Malaysia -MIM)

  1. Syarikat filem mesti memiliki lesen pengeluaran daripada FINAS yang masih sah tempohnya.
  2. Setiap permohonan yang lengkap hendaklah disertakan dengan dokumen berikut:-
    1. Borang permohonan yang lengkap;
    2. Surat pengesahan syarikat ;
    3. Tenaga karyawan tempatan yang terlibat dalam penggambaran iklan hendaklah menjadi ahli kepada persatuan-persatuan yang diiktirafkan oleh FINAS;
    4. Salinan PFA, Permit Kerja atau berkaitan yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen sekiranya pekerja filem asing terlibat dalam pengeluaran sesuatu filem iklan;
    5. Surat kebenaran jika lokasi penggambaran dan pasca produksi di luar negara.
    6. Mengemukakan salinan filem iklan dalam format VCD atau DVD
  3. Komponen yang dinilai dalam permohonan MIM:-
    1. Tenaga karyawan yang terlibat hendaklah terdiri dari tenaga tempatan dan menjadi ahli persatuan perfileman yang diiktiraf oleh FINAS. Kebenaran hendaklah diperolehi dari FINAS terlebih dahulu sekiranya menggunakan tenaga karyawan asing.
    2. Lokasi penggambaran hendaklah dibuat di Malaysia dengan memaparkan persekitaran dan budaya negara. Kebenaran hendaklah diperolehi dari FINAS terlebih dahulu sekiranya ingin membuat penggambaran di luar negara.
    3. Kerja-kerja pasca produksi hendaklah dibuat di Malaysia. Kebenaran dari FINAS mesti dipohon terlebih dahulu sekiranya perlu mendapatkan perkhidmatan pasca produksi di luar negara.
    4. Kos pengeluaran hendaklah dibelanjakan di Malaysia sekurang-kurangnya 70 peratus dari keseluruhan kos pengeluaran.
    5. Jika perlu hanya 30 peratus kakian asing dibenarkan untuk digunakan dalam iklan.
  4. Permohonan berasingan diperlukan jika berlainan dari segi citra atau jangkamasa.
  5. Hanya satu permohonan bagi iklan yang sama walaupun mempunyai pelbagai bahasa.
  6. Membuat bayaran Sijil MIM sebanyak RM100.00 bagi setiap MIM yang dikeluarkan.Bayaran boleh dikemukakan secara tunai / wang pos / kiriman wang / bank draf atas nama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Sila muat turun borang Permohonan Sijil Akuan Filem Iklan Buatan Malaysia di pautan di bawah.