GARIS PANDUAN / TATACARA PERMOHONAN LESEN BARU

  1. Pemohon dikehendaki mengisi Borang Permohonan Lesen Baru (BPL -1) dengan lengkap. Borang BPL-1 boleh didapati di Ibu Pejabat Bahagian Pelesenan & Penguatkuasaan FINAS atau Pejabat-pejabat Wilayah / Cawangan atau boleh muat turun dari laman web FINAS iaitu www.finas.gov.my secara PERCUMA.
  2. Borang BPL-1 yang lengkap diisi hendaklah disertakan bersama dokumen-dokumen berikut:-
    1. Bagi permohonan Pemilikan Tunggal/Perkongsian (Pendaftaran Perniagaan)
      • Salinan Kad Pengenalan Perseorangan dan rakan kongsi (jika ada)
      • Surat Kelulusan dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Borang Maklumat Perniagaan terkini
    2. Bagi permohonan Pemilikan Syarikat Sdn.Bhd. (Pendaftaran Syarikat)
      • Memorandum Tataurusan Syarikat
      • Borang 24 bagi pemegang syer
      • Borang 32A jika ada perubahan syer
      • Borang 49 bagi Pengarah Syarikat
        PENTING: BAGI SYARIKAT YANG ADA EKUITI MAJORITI ASING, DIWAJIBKAN MINIMUM 30% EKUITI DIPEGANG OLEH RAKYAT MALAYSIA DI MANA MINIMUM 30% DARIPADA EKUITI RAKYAT MALAYSIA ITU DIPEGANG OLEH BUMIPUTERA SEHINGGA 5 TAHUN. PADA TAHUN KEENAM DAN SETERUSNYA, PEMEGANG EKUITI MAJORITI ADALAH RAKYAT MALAYSIA DI MANA DARI EKUITI RAKYAT MALAYSIA ITU MINIMUM 30% DIPEGANG OLEH BUMIPUTERA.
    3. Bagi pemohon yang memohon lesen Pengeluaran Filem/Video sahaja:-
      • Pemohon mesti berdaftar sebagai Pemilik Syarikat Sdn Bhd.
      • Modal Berbayar (Paid-up Capital) tidak kurang daripada RM 50,000
      • Biodata/ Resume semua pemegang syer syarikat
      • Perancangan pengeluaran/ penerbitan samada drama, telemovie, iklan dan lain-lain bagi tempoh 3 tahun dalam bentuk jam
      • Penyata akaun semasa syarikat bagi tempoh 3 bulan terakhir
      • Salah seorang pemegang syer mestilah menjadi ahli mana-mana persatuan samada Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM), Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia [PROFIMA (PPFM)], Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN), Persatuan Penulis Skrin Malaysia (SWAM) atau Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) dengan mengemukakan salinan resit bayaran atau salinan kad ahli persatuan yang masih aktif
      • Surat kelulusan dari MIDA dan lain-lain surat yang berkaitan (bagi pemohon lesen PV sahaja)
        *Semua dokumen salinan hendaklah diperakui sah (Certified True Copy)oleh Company Secretary atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia
  3. Surat Perjanjian Sewa Premis/ Lot Perniagaan bagi pemohon yang menjalankan perniagaan di kompleks perniagaan, gerai atau pasar yang kekal dibina oleh Kerajaan atau Swasta.
  4. Surat Kelulusan atau Salinan Lesen Hiburan Terkini daripada Pihak Berkuasa Tempatan Pemohon yang menjalankan perniagaan karaoke & panggung wayang/ EV & EF).
  5. Fee lesen dan deposit adalah seperti berikut:-
    PF Lesen Deposit: RM1,000.00 Fee: RM100.00
    PV Lesen Deposit: RM5,000.00 Fee: RM100.00
    DV Lesen Deposit: RM2,500.00 Fee: RM400.00
    DF Lesen Deposit: RM1,000.00 Fee: RM400.00
    EF Lesen Deposit: RM1,000.00 Fee: RM100.00
    EV Lesen Deposit: RM1,000.00 Fee: RM100.00

    Semua pembayaran hendaklah dibuat melalui Bank Draf atau Kiriman Wang (Money Order) sahaja atas nama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Wang tunai tidak diterima

Sila muat turun borang Permohonan Lesen Baru di pautan di bawah.