GARIS PANDUAN / TATACARA PEMBAHARUAN LESEN

(Diedarkan bersama borang BPL-2)

  1. Pembaharuan lesen hendaklah dibuat sekurang-kurangnya tiga puluh (30) hari sebelum habis tempoh lesen, dan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Pembaharuan Lesen (BPL-2) dan apa-apa borang tambahan dengan lengkap beserta dengan bayaran fee (Pengeluaran atau Pameran RM100.00 dan Pengedaran RM400.00) dalam bentuk Wang Pos/Bank Draf/Kiriman Wang (Money Order). borang BPL-2 boleh didapati di Ibu Pejabat FINAS atau Pejabat-Pejabat Wilayah/Cawangan secara PERCUMA. Semua pembayaran hendaklah dibuat atas nama FINAS.
  2. Bagi pemegang lesen yang memiliki cawangan, pastikan lesen-lesen cawangan juga diperbaharui jika tamat tempoh.
  3. Borang BPL-2 yang lengkap diisi hendaklah disertakan dokumen-dokumen berikut:-
    1. Bagi permohonan pemilikan tunggal/perkongsian (Pendaftaran Perniagaan)
      1. Borang E (Kaedah 13) yang belum tamat tempoh.
      2. Borang B jika ada pertukaran pemilik atau alamat dan lain-lain.
    2. Bagi permohonan pemilikan Sdn. Bhd. (Pendaftaran Perniagaan)
      1. Penyata Akaun yang telah diaudit bagi tahun semasa
      2. Borang 32A atau Borang 24 terbaru jika ada perubahan syer
      3. Borang 49 jika ada perubahan Pengarah Syarikat
      4. Borang 13 jika nama syarikat berubah
        *Sertakan salinan kad ahli persatuan yang aktif bagi pemegang lesen Pengeluaran Filem (PF) sahaja yang telah menjadi ahli mana-mana persatuan samada Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM), Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia [PROFIMA (PPFM)], Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) atau Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM).
  4. Surat Perjanjian Sewa Premis/Lot Perniagaan
    (Bagi pemohon yang menjalankan perniagaan di kompleks perniagaan, gerai atau pasar yang kekal dibina oleh Kerajaan atau Swasta).
  5. Borang Maklumat Tambahan (untuk pemohon lesen PF dan PV sahaja)hendaklah dikemukakan bersama-sama dengan Borang BPl-2.
    (Pastikan urusan SPP dan MIM dimohon dan diselesaikan terlebih dahulu sebelum pembaharuan lesen dibuat).
  6. Semua dokumen salinan hendaklah diperakui sah oleh Company Secretary atau Pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Sila muat turun borang Pembaharuan Lesen dan Maklumat Tambahan Permohonan Pembaharuan Pengeluaran Lesen Filem di sini.