GARIS PANDUAN / TATACARA PERMOHONAN SPP

(Sijil Perakuan Penggambaran)

    1. Syarikat filem mestilah mempunyai lesen pengeluaran (PF/PV) daripada FINAS dan masih sah tempohnya.
    2. Melengkapkan maklumat dengan menggunakan borang yang ditetapkan oleh FINAS yang boleh diperolehi secarapercumadi Unit Pelesenan atau muat turun melalui laman web http://www.finas.gov.my
    3. Mengemukakan borang permohonan tidak lewat dari 7 hari sebelum penggambaran dimulakan.
    4. Satu permohonan bagi setiap judul filem yang hendak dikeluarkan. Hanya satu permohonan SPP bagi filem yang mempunyai episod / siri. ( Jenis filem: Animasi, Cereka Pawagam, Cereka TV, Cereka VCD, Dokumentari, Drama TV, Game Show, Muzikal, Pendidikan, Promosi, Realiti TV, Temubual, Video Korporat, Cereka Pendek, Program TV)
    5. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen berikut:
      1. Sinopsis filem yang hendak dikeluarkan.
      2. Jika penggambaran tersebut menggunakan khidmat tenaga pekerja asing perlulah menyertakan salinan Surat Sokongan Kemasukan Pekerja Filem Asing (PFA) dan dokumen kelulusan daripada Jabatan Imigresen Malaysia / work permit.
      3. Menyatakan jadual dan lokasi penggambaran secara terperinci dan sertakan nombor telefon Pengurus Produksi (PM) dalam borang permohonan. Sila maklumkan kepada FINAS jika ada perubahan lokasi penggambaran, artis, tenaga kerja dan judul filem.
      4. Tenaga karyawan tempatan yang terlibat dalam penggambaran filem hendaklah menjadi ahli kepada mana-mana persatuan-persatuan yang diiktiraf oleh FINAS di bawah Padu Citra iaitu Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA), Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) dan Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM).
    6. Bayaran Surat Perakuan Penggambaran (SPP) sebanyak RM50.00 boleh dibuat secara tunai / wang pos / bank draf / kiriman wang bagi setiap SPP yang dikeluarkan.

* Untuk mendapatkan borang permohonan, sila klik butang di bawah.

Last Update 17/04/13 11:31 AM