GARIS PANDUAN PERMOHONAN SURAT SOKONGAN KEMASUKAN PEKERJA FILEM ASING (PFA)

Syarat-syarat seseorang pekerja filem asing disokong adalah berdasarkan kepada perkara-perkara berikut:

  1. Syarikat filem yang mempunyai lesen pengeluaran daripada FINAS yang masih sah tempohnya.
  2. Menggunakan dan melengkapkan borang yang ditetapkan oleh FINAS.
  3. Satu permohonan bagi setiap seorang kemasukan pekerja filem asing.
  4. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen berikut:-
    a) Salinan pasport pekerja filem asing yang ingin dibawa masuk.
    b) Resume atau latar belakang berhubung kepakaran, pengalaman dan pencapaian.
    c) Surat daripada pengeluar filem tempatan yang menyatakan sebab-sebab tenaga asing diperlukan.
    d) Menyatakan jadual dan lokasi penggambaran.
    e) Kontrak pekerja dengan syarikat tersebut, sekiranya tarikh mula perkhidmatan melebihi satu tahun.
    f) Salinan Surat Sokongan sekiranya pernah dikeluarkan sebelum ini.

 

 

KEPAKARAN YANG DISOKONG

Karyawan Filem

  • Pengarah Filem
  • Pengarah Kreatif
  • Pengarah Fotografi (DOP)
  • Pelakon Utama
  • Pengarah Lampu
  • Pengarah Stunt
  • Steadicam Operator

Sokongan kepada kemasukan pekerja filem selain kepakaran di atas boleh dibuat berdasarkan kepada alasan yang kukuh oleh syarikat dan akan dipertimbangkan oleh FINAS.

Pegawai Dagang

  • Pengerusi Syarikat
  • Ketua Eksekutif Syarikat
  • Ahli Lembaga Syarikat
  • Pemegang Syer Syarikat

Sila muat turun borang Permohonan Surat Sokongan Kemasukan Pekerja Filem Asing di pautan di bawah

Dikemaskini Pada 08/06/12 5:28 PM