Pengecualian Cukai Duti Import Bagi Peralatan Pawagam

Syarat Permohonan

  • Hanya pemilik atau pengusaha sahaja yang layak membuat permohonan.
  • Pemilik atau pengusaha pawagam mestilah diperbadankan dibawah akta syarikat atau akta pendaftaran perniagaan dan telah diluluskan lesen pameran oleh FINAS.
  • Pawagam berkenaan hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya 100 tempat duduk.
  • Hanya kelengkapan-kelengkapan baru (bukan terpakai) yang disenaraikan seperti dilamperan 1 akan diberi pertimbangan.
  • Pemilik/pengusaha adalah tertakluk kepada syarat-syarat kawalan kastam mengenai pengecualian duti keatas kelengkapan.

Cara Memohon

  • Permohonan pengecualian duti import boleh dibuat dengan menggunakan Borang BCP/PWG/83. Borang permohonan hendaklah di penuhkan dalam tiga salinan dan dimajukan kepada FINAS.
  • FINAS akan memproses permohonan tersebut dan mengemukakan perakuannya kepada Kementerian Kewangan