KUALA LUMPUR, 21 Mac 2016 – FINAS dengan kerjasama Biro Filem Jabatan Pentadbiran Am Penerangan, Penerbitan, Radio, Filem dan Televisyen, Beijing dan Kedutaan Besar China ke Malaysia bekerjasama menganjurkan China Film Week in Kuala Lumpur 2016 bermula 21- 25 Mac 2016 di GSC Pavilion Kuala Lumpur. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada masyarakat dan pencinta filem tempatan berkenaan filem-filem terbaik yang dihasilkan dari negara tersebut. Program yang akan berlangsung selama lima (5) hari tersebut akan menampilkan tayangan filem seperti Monkey King – Hero Is Back, Go Away Mr. Tumor, Wolf Totem, Monster Hunt dan Lost In Thailand. Di majlis pelancaran program ini, Duta Besar Republik China di Malaysia TYT Huang Huikang menyatakan kepentingan filem sebagai medium perkongsian budaya yang harus diraikan sebagai bentuk diplomasi dua negara. Turut hadir memberikan sokongan ialah YB Dato’ Mohd Khusairi Abdul Talib, Pengerusi Finas yang turut menekankan peranan filem untuk mengeksport budaya tempatan ke peringkat global. “Kita harus mencontohi filem filem negara China yang berjaya menembusi peringkat antarabangsa dengan mengekalkan kualiti pembikinan dan elemen budaya mereka”.c1 c2 c3 c4