IMSHORTIES 170116-01
Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dan Pinewood Iskandar Malaysia Studios (PIMS) dengan didukung oleh FINAS Zon Selatan telah menganjurkan satu pertandingan filem pendek Iskandar Malaysia Shorties 2016” (IM Shorties 2016). Pertandingan ini adalah satu aktiviti yang sihat serta platform bagi penggiat industri di Malaysia untuk mempresentasikan bakat mereka seterusnya merancakkan industri kreatif Negara.
Penyertaan untuk pertandingan ini bermula 15 Oktober 2016 dan akan ditutup pada 15 Mac 2017. Filem yang berjaya ke peringkat akhir akan diumumkan pada 20 Mei 2017.
Maklumat, syarat – syarat pertandingan beserta poster untuk makluman boleh dimuat turun seperti di bawah :
Muat turun IM Shorties Rules  Regulations 2016 disini pdf
Layari laman web rasmi imshorties disini :  http://im10.my/imshorties