????????????????????????????????????

Kota Belud, 27 Ogos – Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menegaskan kepentingan pembangunan modal insan di dalam membina industri kreatif yang mampan. Beliau yang ditemui ketika Program Perasmian Penutup Jom Buat Filem Pendek Sekolah-Sekolah Daerah Kota Belud anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah danPejabat Pendidikan Daerah Kota Belud mengucapkan tahniah di atas usaha FINAS mengalakkan perkembangan kreativiti pelajar sekolah menengah khususnya di luar bandar dengan teknik pembikinan filem pendek.

“FINAS berperanan membina lebih banyak kerjasama dua hala bersama badan-badan kerajaan, insititusi pengajian tinggi, NGO, persatuan dan pihak komuniti secara lebih menyeluruh. Kerjasama strategik ini perlu sentiasa diperkasakan bagi memantapkan industri kita ini. Sebagai contoh, pelan transformasi industri adalah contoh kepada pengukuhan dan penjenamaan fungsi yang lebih baik selaras dengan konteks semasa. Transformasi ini seharusnya dilihat sebagai sinergi industri yang mampu menjana kepada pembangunan industri filem khususnya dari aspek modal insan yang turut menjadi tunjang kepada industri ini” ujar beliau lagi.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah FINAS, Dato’ Kamil Othman percaya aspirasi kerajaan dan pihak Kementerian bagi merealisasikan transformasi bermula dengan pembangunan modal insan dan pemantapan ekosistem yang lebih baik. Justeru, peranan FINAS menganjurkan program Jom Buat Filem Pendek ini bukan sekadar sebagai pendedahan asas kepada industri tetapi menjana kepada pembangunan kreativiti generasi muda. Ujarnya lagi “FINAS tentunya menyokong sepenuhnya program-program pembangunan komuniti dan generasi progresif di seluruh Malaysia melalui program Kelab Pencinta Filem FINAS dengan keahlian 50 ribu ahli dari 100 buah sekolah dan universiti di seluruh Malaysia, Siri Pertandingan Filem Pendek, Program Bengkel dan Masterclass dan Lain-Lain.

Untuk generasi muda mewakili pelajar dan belia berusia 13-30 tahun, sehingga bulan Jun 2016, FINAS telah mengadakan 25 program sinergi industri untuk generasi baru dengan kerjasama NGO, badan-badan kerajaan, sekolah, universiti dan komuniti dengan penyertaan 1000 peserta. Melalui ini, proses percambahan dan perkongsian ilmu dapat diadakan sebagai teras dan strategi membangunkan kemahiran mereka secara kolektif dan holistik”. Pada majlis ini juga seramai 160 pelajar sekolah yang menjadi peserta yang diakui berpotensi besar melalui projek filem pendek mereka telah diberikan sijil penyertaan yang turut memberi merit kepada aktiviti kokurikulum mereka.

modal insan

modal insan 2

modal insan

modal insan