Hulu Kelang, 13 Februari 2015 – Tepat jam 12.00 tengah hari, bertempat di perkarangan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), satu perlepasan konvoi yang diwakilkan oleh Timbalan Ketua Pengarah FINAS, Puan Khalidah Mohd Darus. Turut hadir bersama, Datuk Yusuf Haslam.

Konvoi UNSung Heroes 2015 ini dianjurkan oleh PROFIMA , Yayasan Salam Malaysia, Redah 4×4 Club, Kelab Honda CRV, Pradas (Persatuan Peminat Komunikasi Radio Dua Hala Selangor), Kuala Selangor 4×4, Exora Owners Club Motosport (ECOM), Gabungan Otomotif Terkini Satria Neo (SNC-GOTNEO), Persatuan Anak Emas, Serendah 4×4, TORC (Taiping Off Road Club), Artega (ASOC), Kelab Kembara 4×4 Selangor, Q Car Auto Centre, Kelab Pemilik MPV Nazaria Malaysia(Ria Family), Koperasi Kereta Sewa Malaysia Berhad (Johor Group), Truckers Brotherhood Forever (TBF), Team Temasek Rela Membantu (Singapore) dan KRT Taman Melati (Block F). Program ini juga mendapat kerjasama dari FINAS, Institut Jantung Negara, Majlis Daerah Gua Musang, ADABI, ACHIK, VERVX, TUNED dan Malik Streams Corporation Sdn.Bhd.

Tujuan Flyoff Konvoi UNSUNG Heroes 2015 ke Kelantan adalah untuk menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir serta sesi membersih dan membaik pulih rumah-rumah yang rosak selain daripada menghantar sumbangan kepada mangsa banjir.

Teks : Iyda Jame

Jurufoto : Shahriman Jimin

Unit Komunikasi Korporat