Hulu Kelang, 6 Februari 2015 – YB Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) telah hadir bagi menziarahi Seniman Veteran, Tan Sri Dr. Jins Shamsuddin yang kini dalam keadaan uzur setelah didapati mengidap penyakit Alzheimer.

Turut hadir bersama adalah, Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Dato’ Kamil Othman, penerbit dan pengarah terkenal, Dato’ Yusuf Haslam dan rakan-rakan artis lain yang turut menghulurkan sumbangan berbentuk cek dan wang tunai kepada keluarga Seniman itu. Antara rakan artis lain yang mengikuti rombongan itu ialah Dato’ A. Rahman Hassan, Dato’ DJ Dave, Dato’ Shuhaimi Baba, Dato’ M. Nasir, Dato’Nash dan Nancie Foo.

Pendedahan foto Tan Sri Jins yang kelihatan sangat kurus telah menjadi viral dan menjadi bualan hangat di media sosial baru – baru ini. Anak kepada Tan Sri Jins Shamsuddin, Putera Hang Jebat telah tampil memberikan penjelasan disebalik spekulasi yang timbul menjelaskan bahawa bapa beliau tidak mempunyai penyakit lain selain Alzheimer dan mungkin selera makan tidak seperti dulu hingga badannya semakin susut.

Tan Sri Jins, 80 tahun merupakan orang yang berpengaruh dalam Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sebelum ini telah dijaga dengan baik oleh isterinya Puan Sri Halijah Abdullah di kediaman mereka di Hulu Kelang, Selangor. Miski pun kecewa dengan penyebaran foto berkenaan, namun Puan Sri Halijah Abdullah telah memaafkan individu tersebut.

Tan Sri Jins Shamsuddin merupakah salah satu seniman yang mempunyai pencapaian yang tinggi termasuk dalam peringkat PHD. Filem lakonan beliau seperti Pancha Delima dan Bukit Kepong masih lagi di ingati ramai. Sama-sama kita doakan agar beliau berada dalam keadaan sihat untuk terus bersama keluarga nya.

Teks : Iyda Jame

Jurufoto : Shahriman Jimin

Unit Komunikasi Korporat