ffm30

Selaras dengan penganjuran Festival Filem Malaysia ke 30 (FFM-30), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) melalui Jawatankuasa Penyertaan dan Penjurian FFM-30 telah melanjutkan tarikh tutup penyertaan kepada 31 Disember 2018 bagi filem-filem yang layak bertanding bagi edisi kali ini.

Di antara syarat-syarat utama penyertaan kategori filem cereka pada FFM-30 adalah seperti berikut:

Filem cereka tempatan yang dikeluarkan di Malaysia untuk tayangan di pawagam di Malaysia dalam format DCP/35mm/format digital dan tempoh masa tayangan sekurang-kurangnya 60 minit.
Filem yang belum pernah menyertai siri Festival Filem Malaysia DAN filem-filem yang telah mendapat Sijil Lembaga Penapisan Filem (LPF) pada atau sebelum 30 November 2018.
Tarikh tutup penyertaan FFM30 ialah pada 31 Disember 2018, jam 12.00 tengahari.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi Sekretariat Festival Filem Malaysia ke 30 di talian 03-41021741/03-41041392/1452 atau email di sekretariatffm30@finas.my

#FFM30
#IniSinemaku

Muat turun Borang Penyertaan Festival Filem 30