cover_photo

14th International Short Film Festival of Cyprus (ISFCC) yang dijadualkan berlangsung pada 12 – 18 Oktober 2019 di Limassol, Republik Cyprus. ISFFC adalah dianjurkan dengan kerjasama antara Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Cyprus dan Teater Rialto serta bermatlamat untuk mempromosikan seni sinematografi dengan mempersembahkan pelbagai filem pendek daripada seluruh dunia, di samping menonjolkan hasil pembikin filem yang berbakat.

Bersempena dengan International Short Film Festival, satu pertandingan filem pendek untuk kategori antarabangsa dibuka dan berdasarkan kriteria-kriteria berikut:
a) filem pendek dengan durasi tidak melebihi 25 minit;
b) genre fiksyen, dokumentari, eksperimental, pelajar atau animasi;
c) mengandungi sari kata Bahasa Inggeris sekiranya bukan filem Inggeris;
d) filem yang bakal dipertandingkan mestilah ditayangkan buat pertama kalinya di Cyprus; dan
e) setiap peserta hanya boleh menghantar satu (1) filem sahaja untuk dipertandingkan.

Penghantaran filem melalui platform filmfreeway.com mestilah dibuat selewat-lewatnya pada 1 Jun 2019 (Sabtu). Bagi sebarang maklumat lanjut berkenaan peraturan pertandingan dan penghantaran filem, bolehlah melayari laman sesawang www.moec.gov.cy dan www.isffc.com.cy.