poster 1
Dalam aspirasi memperkasakan pemasaran kandungan tempatan ke peringkat global dan meningkatkan jaringan perniagaan antarabangsa, Perbadananan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) melalui Bahagian Pemasaran membuka permohonan kepada syarikat atau individu perseorangan yang bergiat secara aktif di dalam Industri Kandungan Kreatif dan berminat untuk menghadiri Pasaran Filem Antarabangsa yang akan di adakan pada tahun 2021. Berikut adalah Pasaran Filem Antarabangsa yang dibuka untuk penyertaan pada bulan Julai 2021:

Marche Du Film, Cannes Perancis (06-15 Julai 2021)
Kaedah Penyertaan: Virtual

Semua adalah dijemput untuk menyertai Pasaran Filem Antarabangsa seperti di atas melalui Borang Permohonan seperti dilampiran. Y Untuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi Tn Hj Zainuddin Aman / Puan Siti Rahayu Ahmad Azmi di talian 03- 4104 1310/1374/1771/1406 atau email ke pemasaran2021@finas.my.
Scan QR code di bawah untuk muat turun borang permohonan atau pautan https://forms.gle/HH7pRnAyPrywhS9T7

Tempat adalah terhad!