KAJI SELIDIK KEPERLUAN BENGKEL LATIHAN PERFILEMAN SECARA E- PEMBELAJARAN yang disediakan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Umum mengetahui Perintah Kawalan Pergerakan Fasa ke-3 telah diumumkan oleh Kerajaan Malaysia mulai 15 April sehingga 28 April 2020 sekaligus telah menjejaskan pelbagai aktiviti pembelajaran secara keseluruhan termasuklah sekolah, IPT dan institusi pengajian yang lain termasuk program-program latihan / modal insan yang telah dirancang oleh FINAS bagi tahun 2020.

Objektif kajian ini adalah untuk melihat keperluan, sokongan dan manfaat sekiranya FINAS menjalankan program-program latihan / modal insan secara E-Pembelajaran kepada penggiat-penggiat industri Kandungan Kreatif. Ini juga merupakan salah satu inisiatif bagi menyokong saranan kerajaan untuk mengelakkan sebarang bentuk perhimpunan di dalam tempoh enam (6) bulan yang akan datang.

Tuan / Puan diminta untuk mengisi soal selidik bagi membantu Perbadanan untuk merangka pelan perancangan dan inisiatif penganjuran program E-Pembelajaran ini.

Sekian, terima kasih.