PERMOHONAN KEAHLIAN MyCAP BAGI PERSATUAN DIBUKA BERMULA 1 APRIL - 16 APRIL 2021 DAFTAR SEKARANG!
MENGENAI MYCAP

Program Peningkatan Kapasiti Kreatif Malaysia (MyCAP) adalah program inisiatif bagi memacu pembangunan industri kreatif melalui pengumpulan data yang menyeluruh berkaitan industri kreatif negara dengan satu platform khusus melibatkan penilaian, pengiktirafan dan penyaluran data pemain industri, persatuan dan syarikat dengan skop bidang yang lebih luas.

MyCAP merupakan penggerak utama kepada proses pengumpulan data induk maklumat berkaitan penggiat industri kandungan kreatif yang bakal membolehkan pihak FINAS mengenalpasti aspek-aspek tertentu yang perlu diberi penekanan ke arah meningkatkan tahap profesionalisme penggiat industri secara keseluruhannya.

OBJEKTIF

1. Pusat sehenti pengumpulan, penilaian, pengiktirafan dan penyaluran data induk berkaitan industri kreatif negara;

2. Pendaftaran penggiat industri dari bidang kandungan kreatif terutamanya tenaga kerja belakang tabir di dalam portal MyCAP;

3. Pengkhususan pendaftaran keahlian mengikut 1 bidang kepakaran kerja yang diceburi;

4. Menyelaras maklumat berkaitan individu, persatuan dan syarikat berkaitan industri kreatif negara;

5. Pentauliahan melalui badan akreditasi kepada penggiat industri berdasarkan pengalaman, kemahiran dan pencapaian yang diperolehi sepanjang berkecimpung di dalam industri kandungan kreatif negara;

6. Mendaftar dan mengiktiraf persatuan industri kandungan kreatif negara bagi tujuan penyelarasan data keahlian serta penyaluran insentif berkaitan FINAS;

7. Memberi penarafan gred kepada syarikat pemegang lesen FINAS bagi tujuan pemurnian data industri serta penyaluran insentif berkaitan FINAS.

SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN PERSATUAN DI BAWAH MYCAP

1. Persatuan hendaklah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) selaras dengan Akta Pertubuhan 1966 serta Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984;

2. Persatuan hendaklah mengemukakan Laporan Mesyuarat Agung Tahunan dan Penyata Kewangan yang terkini;

3. Nama, penubuhan, perlembagaan, dan keahlian Persatuan TIDAK berlandaskan kepada kaum, negeri, komuniti atau bersifat politik;

4. Pengkhususan kepada 1 bidang kepakaran kerja sahaja yang melibatkan industri kandungan kreatif;

5. Tempoh sah keahlian adalah 2 (dua) tahun sahaja dan perlu diperbaharui apabila ianya telah tamat tempoh.

Persatuan industri kreatif dijemput untuk mendaftar keahlian MyCAP bermula 1 April 2021 – 16 April 2021 di pautan http://mycap.finas.my

Setiap pemohonan persatuan akan dinilai sebaiknya sebelum menjadi ahli. Hanya keahlian yang diluluskan akan dipapar dalam laman MyCAP.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Unit MyCAP:

Tel: 03-7968 2602 / 03-7968 2151

Emel: mycap@finas.my