ask FIMO - november

Bahagian Galakan penggambaran akan melaksanakan Hari Bertemu Pelanggan (Ask FIMO) secara maya kepada penggiat industri kreatif tempatan khususnya bagi mempromosikan rebat tunai 30% Insentif Penerbitan Filem Di Malaysia (FIMI) dan rebat tunai tambahan 5% (Cultural Test) serta perjanjian usaha sama penerbitan filem (Co-Production Treaty) Malaysia – Australia.

Tarikh tutup pendaftaran Program ask FIMO adalah pada 18 November 2021 sebelum jam 5.00 petang