Hulu Kelang, 5 Oktober- Selaras dengan penganjuran Festival Filem Malaysia ke 30 (FFM-30), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) melalui Jawatankuasa Penyertaan dan Penjurian FFM-30 hari ini membuka penyertaan untuk filem-filem layak bertanding. Menurut Ketua Pengarah FINAS, YBhg. Dato’ Fauzi Ayob merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk FFM-30, kerajaan melalui FINAS dengan kerjasama Persatuan-Persatuan Perfileman Malaysia dan disokong Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) terus komited bagi penganjuran edisi ke 30 ini sebagai meraikan dan mengiktiraf kecemerlangan penerbitan filem-filem Malaysia dan para karyawan industri.

Di antara syarat-syarat utama penyertaan kategori filem cereka pada FFM-30 adalah seperti berikut:

●Filem cereka tempatan yang dikeluarkan di Malaysia untuk tayangan di pawagam di Malaysia dalam format DCP/35mm/format digital dan tempoh masa tayangan sekurang-kurangnya 60 minit.

●Filem yang belum pernah menyertai siri Festival Filem Malaysia DAN filem-filem yang telah mendapat Sijil Lembaga Penapisan Filem (LPF) pada atau sebelum 30 September 2018.

●Tarikh tutup penyertaan FFM30 ialah pada 31 Oktober 2018, jam 12.00 tengahari.

Justeru, FINAS mengalu-alukan penyertaan daripada para penerbit bagi filem-filem untuk edisi FFM-30 ini dengan memuat turun borang penyertaan di link berikut

FFM30

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi Sekretariat Festival Filem Malaysia ke 30 di talian 03-41021741/03-41041392/1452 atau email di sekretariatffm30@finas.my

#FFM30
#IniSinemaku

ffm