KEPADA PELANGGAN YANG DIHORMATI,

Dimaklumkan bahawa perkhidmatan kaunter pelesenan FINAS Hulu Kelang akan ditutup sementara pada 15 Januari 2021 (Jumaat) bagi kerja-kerja sanitasi dan disinfeksi premis.

Sehubungan dengan itu, semua perkhidmatan dan temu janji secara bersemuka adalah ditangguhkan sehingga kaunter pelesenan akan dibuka semula pada 18 Januari 2021 (Isnin). Segala kesulitan amatlah dikesali.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh berhubung di talian 03-79682182/

whatsapp di talian 013-713 9629 atau e-mel info@finas.my.

Sekian, terima kasih.

BAHAGIAN PELESENAN DAN PENGUATKUASAAN

PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA

Tel : 03-41041360/1458

#KitaJagaKita #NormaBaru#HapusCovid19