Utama / Pengumuman / DANA PENYERTAAN DAN PROMOSI ANTARABANGSA (DPPA) FINAS 2026 K...
PENGUMUMAN PENGUMUMAN 15 Jun 2026

DANA PENYERTAAN DAN PROMOSI ANTARABANGSA (DPPA) FINAS 2026 KINI DIBUKA!

DANA PENYERTAAN DAN PROMOSI ANTARABANGSA (DPPA) FINAS 2026 KINI DIBUKA!
Penggiat industri kreatif dan perfileman Malaysia kini berpeluang mendapatkan bantuan kewangan sehingga RM30,000 bagi menyertai festival filem, sesi pitching, persidangan, forum industri, film camp serta program pembangunan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Melalui Dana Penyertaan dan Promosi Antarabangsa (DPPA), FINAS komited memperkukuh kehadiran industri kreatif Malaysia di pentas global serta membuka peluang jaringan strategik dengan pemain industri antarabangsa. 1.Bantuan sehingga RM30,000 bagi setiap projek 2. Terbuka kepada syarikat dan individu yang layak 3. Menyokong penyertaan ke festival filem dan program antarabangsa terpilih 4. Membantu promosi karya Malaysia di peringkat antarabangsa Tempoh permohonan: 15 Jun 2026 hingga 30 November 2026 Permohonan hendaklah dikemukakan sekurang-kurangnya dua (2) bulan sebelum tarikh program atau acara berlangsung. Maklumat lanjut: Unit Pasaran Antarabangsa Bahagian Pemasaran Perbadanan Kemajuan Filem Nasinal Malaysia (FINAS) Email: dppa@finas.my / marketing@finas.my Disediakan oleh: Unit Pasaran Antarabangsa 15 Jun 2026