PENGUMUMAN
PENGUMUMAN
16 Jun 2026
TAWARAN DANA PEMASARAN, PEMAMERAN DAN PROMOSI 2026 (DP2 2026)
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sekali lagi membuka permohonan Dana Pemasaran, Pemameran dan Promosi 2026 (DP2 2026) kepada seluruh penggiat industri kreatif yang berminat dan berkelayakan.
Usaha ini adalah merupakan sokongan berterusan yang ditunjukkan oleh FINAS bagi membantu penggiat industri berpotensi untuk pemasaran dan pengedaran filem cereka bagi meningkatkan jumlah penontonan dan kutipan hasil penontonan pawagam.
Permohonan dibuka bermula 15 Jun sehingga 15 Julai 2026. Borang permohonan, syarat dan terma boleh dimuatnaik dengan mengimbas QR pada poster iklan. Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Urusetia, Bahagian Pemasaran ditalian 03-4104 0463 / 1320 / 1370 atau email kepada dp2.finas.my.
*Tertakluk kepada terma dan syarat