Utama / Pengumuman / Hebahan Mengenai Anugerah Akademi (Oscars) Yang Ke-99
PENGUMUMAN PENGUMUMAN 02 Jul 2026

Hebahan Mengenai Anugerah Akademi (Oscars) Yang Ke-99

Perhatian, Pembikin Filem Malaysia! Hantar filem anda untuk pertimbangan dalam kategori International Feature Film di Anugerah Akademi (Oscars) ke-99 (tarikh tutup: 30 Julai 2026). FINAS menyelaraskan Jawatankuasa Pemilihan Malaysia dan menguruskan proses pemilihan untuk menentukan penyertaan rasmi Malaysia bagi kategori International Feature Film di Academy Awards® 2026. Lawati laman web kami untuk kriteria kelayakan dan maklumat penyertaan. Borang Permohonan: https://forms.gle/1Yz5SCzXhZQM7FJp7 Maklumat lanjut: https://www.oscars.org/oscars/rules-eligibility Penyertaan Filem FINAS mengeluarkan Panggilan Penyertaan (Call for Entries) untuk filem-filem yang memenuhi kriteria bagi pertimbangan Jawatankuasa Pemilihan Malaysia di Anugerah Akademi ke-99. Proses Pembentukan dan Operasi Jawatankuasa Pemilihan: 1. Ahli Jawatankuasa Pemilihan Filem dipilih dengan teliti berdasarkan kepakaran, pengalaman dan sumbangan mereka kepada industri filem Malaysia. 2. FINAS akan melantik secara rasmi individu-individu ini untuk berkhidmat dalam jawatankuasa, memastikan proses penilaian yang kredibel dan profesional. 3. Pengetahuan kolektif dan wawasan industri mereka akan menjadi asas penting dalam menilai penyertaan dan pemilihan wakil rasmi Malaysia untuk kategori International Feature Film di Anugerah Akademi ke-99. 4. FINAS terus komited untuk mengekalkan tahap integriti dan kecemerlangan tertinggi sepanjang proses pemilihan. Maklumat Lanjut: Emel: marketing@finas.my

Galeri