#LensaFINAS

INISIATIF SARINGAN COVID-19 FINAS PRIHATIN

Tarikh : 13 Januari 2021 (Rabu)
Masa : 3:30 petang
Tempat : FINAS Petaling Jaya

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) meneruskan Program FINAS Prihatin melalui pelaksanaan Inisiatif Saringan ‘Swab Test’ kepada penjawat FINAS yang bertugas dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Inisiatif ini merupakan komitmen daripada Ahli Perbadanan dan Pengurusan Tertinggi FINAS dalam memastikan peranan serta fungsi FINAS selaku badan peneraju industri kreatif dapat diteruskan sekaligus berupaya untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada barisan pemegang taruh dan penggiat industri kreatif walaupun berdepan dengan risiko penularan COVID-19.

photo_2021-01-18_16-55-22

photo_2021-01-18_16-55-26

photo_2021-01-18_16-57-10

photo_2021-01-18_16-57-12