Shah Alam, 7 September – Pusat Kajian dan Apresiasi Filem menerusi Program Wayang@Budiman bersama komuniti filem meneruskan penganjuran tayangan dan bual santai Slot Potret Merdeka bagi meneroka aspirasi, kekuatan, nilai dan impak filem-filem yang bertemakan kemerdekaan, nasionalisme dan perjuangan dari seluruh dunia.

Diterajui Dr. Norman Yusoff, Ketua Program Pasca Siswazah, Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FITA) UiTM, hadir sama adalah pensyarah dan pelajar perfileman serta komuniti filem telah berkongsi pandangan dan perspektif mereka melalui apresiasi filem Algeria, The Battles Of Algiers (1966) arahan Gillo Pontecorvo. Filem yang memenangi anugerah Golden Lion dan BAFTA United Nation ini mengisahkan rusuhan jalanan dan peristiwa yang mencetuskan kemerdekaan Algeria dari cengkaman penjajahan Perancis. Filem ini turut menggabungkan realisme getir barisan pelakon yang bukan profesional dan teknik sutradara yang mahir.