#LensaFINAS

Dana Mikro Pengkarya ialah inisiatif di bawah Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang merupakan penawaran dana mikro yang khusus kepada penggiat industri kreatif tempatan dalam penghasilan karya melalui pembangunan kandungan kreatif dalam tempoh fasa pemulihan ekonomi akibat Covid-19. Penggiat industri profesional dan baharu boleh memohon bagi dua (2) kategori iaitu Dana Mikro (Penerbitan Filem Digital) dan Dana Mikro Pembangunan Skrip.

Inisiatif ini bertujuan untuk meransang ekonomi jangka pendek (survival) tenaga produksi yang terhimpit dengan cabaran tiadanya peluang pekerjaan penutupan aktiviti penggambaran sekaligus meransang kreativiti penggiat melalui eksplorasi idea dan karya sepanjang tempoh pemulihan. Dana Mikro Pengkarya ini juga berupaya meningkatkan pemilikan IP pengkarya bagi tujuan komersial yang memberi pulangan jangka panjang.

Permohonan dibuka mulai 2 Ogos 2021 hingga 16 Ogos 2021.
Sila layari sppik.finas.my untuk borang permohonan, syarat dan maklumat lanjut.

#MenangBersama
#LindungDiriLindungSemua
LATARBELAKANG_PENGKARYA
KAEDAH BAYARAN PENGKARYA
SYARAT PENGKARYA
INFOGRAFIK_ MIKRO PENGKARYA PEMULIH_PAGE 4