Sekitar majlis pelancaran bidaan dan sidang media nombor pendaftaran kenderaan khas us ‘untuk seniman’ sedang berlangsung di menara suezcap, kl gateway. Majlis dihadiri dato’ fauzi ayob, ketua pengarah finas, en. Zed zaidi, presiden seniman, ahli-ahli seniman serta rakan media. Di dalam usaha membantu mengumpul dana buat meringankan beban ahli-ahli seniman, para peminat nombor pendaftaran khas kini boleh membida plat kenderaan khas untuk seniman (us) yang dikeluarkan oleh jabatan pengangkutan jalan (jpj) kepada persatuan tersebut. Justeru, bidaan nombor kenderaan khas untuk seniman (us) 1 sehingga 1,000 bakal dikeluarkan jabatan pengangkutan jalan (jpj) bermula 15 julai ini hingga 20 ogos depan.

Presiden seniman, zed zaidi berkata, pihaknya berterima kasih kepada kerajaan di atas platform tanggungjawab sosial oleh agensi kerajaan seperti jpj ini di dalam menjana dana melalui program-program seperti kebajikan, keusahawanan, kemasyarakatan dan kesukarelawanan yang mampu membantu golongan yang memerlukan. Orang ramai yang berminat boleh mengambil bidaan di pejabat sekretariat plet us atau boleh memuat turun borang bidaan di www.platus.my.