LATAR BELAKANG SKRIP SKRIN 2018

Selaras dengan aspirasi kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan FINAS bagi pembangunan sinema Malaysia melalui pemerkasaan kandungan yang berkualiti, inisiatif tersebut terus dipacu dengan penganjuran SkripSkrin2018. Ianya sebagai platform bagi galakan kepada masyarakat untuk menyumbang skrip yang merangkumi idea, penceritaan dan kreativiti yang akan diterjemahkan kepada penerbitan Dokumentari, Pesanan Khidmat Awam dan Video Pendek IPTA /IPTS oleh FINAS dengan tema Inspirasi Malaysiaku.

Tema ini bemaksud keasliaan karya penulis tempatan yang berjaya menterjemah keunikan nilai, wajah, warna dan budaya tempatan dengan impak kenegaraan atau semangat Sayangi Malaysiaku.

Diselia Bahagian Kreatif dan Teknikal FINAS, SkripSkrin 2018 yang akan dibuka penyertaan pada 24 September 2018 dan tarikh tutup penyertaan pada 31 Oktober 2018. Ini memberi peluang kepada rakyat Malaysia menyumbang skrip mereka melalui tiga format iaitu skrip Dokumentari, Pesanan Khidmat Awam dan Video Pendek IPTA/IPTS berpeluang memenangi wang tunai bagi lima kategori yang ditawarkan selain tajaan program inkubasi serta latihan insentif bersama FINAS.

OBJEKTIF
FINAS komited untuk terus memacu kecemerlangan kandungan penerbitan visual yang kreatif dan berkualiti.

Anda boleh Download Borang Skrip Skrin 2018 yang telah dibuka penyertaan pada 24 September 2018 dan tarikh akhir penerimaan penyertaan pada 31 Oktober 2018 (Rabu) sebelum jam 5.00 Petang. Penghantaran selepas tempoh ini adalah tidak diterima.

Untuk keterangan lanjut boleh layari :
• www.finas.gov.my
• facebook.com/Finas Malaysia,
• Instagram.com/Finas Malaysia,
• Twitter.com/Finas Malaysia
• Youtube: Produksi Finas.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Unit Media & Dokumentasi, Bahagian Kreatif & Teknikal Encik Jamaludin Bakar, 016-6448053, Encik Aidi Emizul Rasidi, 011-23513868 atau di talian 03-79682180, faks 03-79682052 atau e-melkan ke finasproduksi@gmail.com.

Muat turun borang permohonan pdf

Penulisan Skrip_1stPage_B_01

Penulisan Skrip_2ndPage_DESIGN_B