PAKEJ RANGSANGAN INDUSTRI KREATIF MALAYSIA (PRISMA) FINAS

Latar Belakang

Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia (PRISMA) 2021 FINAS dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diwujudkan selaras dengan inisiatif penting jangka pendek Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (KKMM) bagi membantu kelangsungan dan kelestarian penggiat dan pemain industri di Malaysia. Inisiatif ini sejajar dengan pembudayaan normal baharu berikutan pandemik COVID-19 dan pematuhan kepada Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa.

OBJEKTIF

  • Mencungkil bakat dan memperkasakan kreativiti melalui penghasilan karya dari rumah dan persekitaran.
  • Membantu penggiat industri menghasilkan kandungan kreatif untuk disiarkan melalui platform digital.
  • Memberi ruang dan peluang pekerjaan serta pendapatan kepada penggiat industri yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
  • Membuka peluang kepada pelbagai lapisan masyarakat mengetengahkan idea kreatif.
  • Menjana produktiviti industri kreatif dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).