Borang Permohonan boleh dimuat turun melalui pautan berikut.
(Link Borang Permohonan Di Sini)

downloadicon   Borang – Dana Filem Cereka
downloadicon   Borang – Dana Dokumentari
downloadicon   Borang – Dana PSA
downloadicon   Borang – Dana Program TV/OTT

SOALAN LAZIM (FAQ) BORNEO PITCH @ PRISMA DKD


1. Apakah itu inisiatif Borneo Pitch @ Prisma DKD?

Ia merupakan satu inisiatif Kerajaan menerusi Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia (PRISMA) yang diperkenalkan FINAS bagi memudahcara pengurusan dan operasi pitching dana di Sabah & Sarawak disamping membantu kelangsungan dan kelestarian penggiat dan pemain industri di Borneo. Inisiatif ini juga sejajar dengan pembudayaan norma baharu berikutan pandemik COVID-19 dan pematuhan kepada Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa.


2. Apakah syarat-syarat permohonan?

i. Pemohon merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan di Malaysia;

ii. Pemohon merupakan syarikat produksi Sabah & Sarawak dan memiliki lesen Pengeluaran FINAS yang masih aktif;

iii. Pemohon mempunyai sekurang-kurangnya RM50,000 modal syer diterbitkan dan berbayar;

iv. Pemohon tidak tertakluk kepada satu perintah penggulungan;

v. Pemohon tidak mempunyai projek yang belum selesai di bawah Dana Kandungan Digital (DKD);

vi. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses untuk sesi Pitching;


3. Bagaimana cara untuk menyertai inisiatif ini?

Borang permohonan boleh didapati menerusi laman web: www.finas.gov.my/prisma. Borang permohonan yang lengkap boleh diemailkan kepada borneopitch.finas@gmail.com


4. Adakah tema tertentu untuk inisiatif ini?

Tiada. Pemohon bebas untuk menghantar sebarang idea untuk kandungan kreatif mereka.


5. Apakah jenis dana yang disediakan dalam Borneo Pitch ini?

i. Dana Filem Cereka

ii. Dana Dokumentari

iii. Dana PSA

iv. Dana Program TV/OTT


6. Adakah pemohon boleh mengemukakan lebih daripada satu permohonan?

Boleh. FINAS akan memberi kelulusan terhad kepada satu (1) projek sahaja bagi setiap permohonan yang berjaya.


7. Siapa akan memiliki harta intelek selepas tamat inisiatif ini?

Harta intelek adalah hak milik pencipta atau syarikat produksi yang menghasilkan kandungan kreatif tersebut.