Selaras dengan usaha berterusan kerajaan bagi memastikan kesejahteraan rakyat terpelihara disamping ekonomi terus berdaya tahan, pelbagai inisiatif telah dijalankan dan terkini pakej bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia atau ringkasnya PERMAI telah dilancarkan. Justeru itu, FINAS turut serta tampil dengan inisiatif kepada para penggiat industri dengan melaksanakan satu program Khas PELAKSANA Modal Insan Bengkel ‘Creativity Never Stops 2.0’ di mana individu & syarikat berlatarbelakangkan industri kandungan kreatif boleh memohon untuk menganjurkan bengkel secara dalam talian melibatkan kompenan-kompenan dalam bidang pre-produksi, produksi dan pasca produksi SECARA ONLINE bermula bulan Mac 2021.