WhatsApp Image 2022-09-05 at 11.48.05
Berkemahiran dalam dunia penulisan ilmiah? Mempunyai minat yang mendalam dalam dunia perfileman?

Marilah berkongsi idea anda dalam penulisan! Sukacita dimaklumkan, FINAS mempelawa kepada Individu yang berminat dalam dunia penulisan ilmiah berkaitan industri perfileman untuk menyertai program Jurnal Filem Malaysia!

Penulisan yang terbaik akan dimuatkan di dalam Jurnal FINAS dan disiarkan dia semua platform Media Sosial FINAS. Tidak cukup dengan itu, FINAS akan memberi bayaran secara honorarium kepada penulisan yang terpilih!

Penyertaan sudah pun dibuka, dan berakhir pada 30 September 2022. Maklumat terperinci boleh didapati menerusi imbasan kod QR seperti yang tertera di Poster tersebut.

Jadi apa tunggu lagi? Marilah menulis dalam memartabatkan lagi industri perfileman negara!

Filem Kita, Citra Kita

#FINASMalaysia
#FilemKitaCitraKita