GARIS PANDUAN / TATACARA PERMOHONAN SIJIL MIM
(Sijil Akuan Iklan Buatan Malaysia -MIM)
- Syarikat filem mesti memiliki lesen pengeluaran daripada FINAS yang masih sah tempohnya.
- Setiap permohonan yang lengkap hendaklah disertakan dengan dokumen berikut:-
- Borang permohonan yang lengkap;
- Surat pengesahan syarikat ;
- Tenaga karyawan tempatan yang terlibat dalam penggambaran iklan hendaklah menjadi ahli kepada persatuan-persatuan yang diiktirafkan oleh FINAS;
- Salinan PFA, Permit Kerja atau berkaitan yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen sekiranya pekerja filem asing terlibat dalam pengeluaran sesuatu filem iklan;
- Surat kebenaran jika lokasi penggambaran dan pasca produksi di luar negara.
- Mengemukakan salinan filem iklan dalam format VCD atau DVD
- Komponen yang dinilai dalam permohonan MIM:-
- Tenaga karyawan yang terlibat hendaklah terdiri dari tenaga tempatan dan menjadi ahli persatuan perfileman yang diiktiraf oleh FINAS. Kebenaran hendaklah diperolehi dari FINAS terlebih dahulu sekiranya menggunakan tenaga karyawan asing.
- Lokasi penggambaran hendaklah dibuat di Malaysia dengan memaparkan persekitaran dan budaya negara. Kebenaran hendaklah diperolehi dari FINAS terlebih dahulu sekiranya ingin membuat penggambaran di luar negara.
- Kerja-kerja pasca produksi hendaklah dibuat di Malaysia. Kebenaran dari FINAS mesti dipohon terlebih dahulu sekiranya perlu mendapatkan perkhidmatan pasca produksi di luar negara.
- Kos pengeluaran hendaklah dibelanjakan di Malaysia sekurang-kurangnya 70 peratus dari keseluruhan kos pengeluaran.
- Jika perlu hanya 30 peratus kakian asing dibenarkan untuk digunakan dalam iklan.
- Permohonan berasingan diperlukan jika berlainan dari segi citra atau jangkamasa.
- Hanya satu permohonan bagi iklan yang sama walaupun mempunyai pelbagai bahasa.
- Membuat bayaran Sijil MIM sebanyak RM100.00 bagi setiap MIM yang dikeluarkan.Bayaran boleh dikemukakan secara tunai / wang pos / kiriman wang / bank draf atas nama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
Sila muat turun borang Permohonan Sijil Akuan Filem Iklan Buatan Malaysia di pautan di bawah.
![]() |