Hulu Kelang, 26 November – Di dalam aspirasi pembangunan modal insan dan pemerkasaan potensi bakat penggiat kreatif, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Persatuan Pos-Produksi dan Animasi Malaysia (POSTAM) telah menganjurkan “Put Post at Pre Masterclass” hari ini di Pawagam Mini P. Ramlee, FINAS, Hulu Kelang.

Di bawah inisiatif ‘Pembangunan Inkubasi Bakat’, program eksplorasi ilmu secara interaktif ini telah memberi pendedahan kepada para peserta mengenai kepentingan pos produksi di dalam pembikinan filem dan televisyen khususnya dalam taklimat bertajuk pengurusan pos produksi yang efektif oleh Cindy Ng, Pegawai Eksekutif VHQ Post, “Fix it in Pre” oleh Gerard Peter, Pengarah Urusan Pixelpost dan “VFX for Film Producers – Working with Tight Budgets” oleh Yasmin Suleiman, Produser dan pemilik syarikat Studio Voxel. Selain itu, sesi diskusi bersama panel-panel jemputan telah diadakan bagi membuka ruang perbincangan antara para panel dan peserta yang hadir.

Turut hadir ialah para penerbit, pengarah, kru animasi filem, penggiat seni, dan jemputan lain.