Kuching, 11 Julai-Di dalam aspirasi pembangunan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan berdaya saing, FINAS melalui Unit Latihan Industri dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Produksi telah menganjurkan Bengkel Perfileman ‘Kickstart’ untuk penerima Dana Kandungan Digital (Produksi) bertempat di FINAS Cawangan Petrajaya, Sarawak dari 10-11 Julai 2019. Menerusi platform jaringan ilmu dan perkongsian kepakaran, para peserta telah berpeluang dibimbing oleh dua orang karyawan industri yang telah berjaya meraih pencapaian di dalam negara serta menembusi arena global menerusi filem mereka iaitu En. Shanjhey Kumar Perumal, Pengarah Harapan dan Filem Terbaik Malaysia FFM28 bagi filem ‘Jagat’ yang telah memberi fokus kepada aspek penceritaan dan pengarahan kepada peserta. Selain itu, En. Ku Mohamad Haris Ku Sulong, penerbit filem ‘Redha’ yang berjaya meraih 11 anugerah di peringkat global pula telah berkongsi ilmu dan pengalamannya daripada aspek pengurusan produksi dan pemasaran filem. Turut hadir bersama menyokong pada sesi pertama ialah YBrs. En. Ahmad Idham Ahmad Nadzri, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS yang menyatakan kepentingan platform pembangunan modal insan ini bagi memperkasakan lagi ‘roadmap’ penerima dana dengan jaringan ilmu dalam penerbitan kandungan.

4