beritafinas
#LensaFFM34
KEPALA BATAS, 15 September 2025 – YB Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi hadir ke program Wayang Pacak & Temu Mesra anjuran FINAS sempena Jelajah Promosi dan Publisiti FFM34 di Dewan Tongga, Permatang Bertam, Pulau Pinang.
Program ini diadakan bagi memupuk semangat kecintaan terhadap filem tempatan selain merapatkan hubungan dengan komuniti setempat melalui tayangan filem ‘Don Dukun’ serta Sesi Temu Mesra bersama pelakon filem Don Dukun, Ropie; serta Takluk: Lahad Datu, Fikry Ibrahim dan Ammar Titan.
Turut hadir memberi sokongan ialah YBhg. Dato’ Seri Mohamad Fauzi Md Isa, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi; YB Dato’ Seri Reezal Merican bin Naina Merican, ADUN Bertam; YBhg. Dato’ Azmir Saifuddin Mutalib, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS; serta tetamu jemputan dan rakan media.
#KementerianKomunikasi
#FINASMalaysia
#FilemKitaCitraKita
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#FFM34
#KaryaKreatifSinemaDinamik