Bersempena penganjuran 3rd Southeast Asian Short Film Festival 2019 (Seashorts) yang berlangsung dari 25-29 September 2019 di Melaka, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) melalui Unit Latihan Industri membawakan secara eksklusif program ‘Masterclass’ Acting bersama guru seni lakon dan karyawan seni dihormati, Puan Fatimah Abu Bakar pada 27 September 2019 di Dewan Tun Fatimah, Tun Fatimah Riverside Hotel, Melaka. Disertai lebih 20 peserta merangkumi aktor-aktor muda serta karyawan filem tempatan dan antarabangsa, Puan Fatimah telah berkongsi berkaitan persediaan sebagai aktor, ilmu lakonan, eksplorasi dan pembangunan watak serta ekosistem industri kepada para peserta.