
#LensaFINAS
#JomKePanggung
KUALA LUMPUR, 4 November 2025 – YBhg. Dato’ Hans Isaac, Pengerusi FINAS hadir ke Malam Gala Tayangan Perdana Filem Banduan terbitan Number Twenty One Media & Dream Warrior Pictures di TGV KLCC.
Filem adaptasi aksi dari filem Tamil terkenal ‘Kaithi’ arahan Kroll Azry menampilkan gandingan pelakon seperti Dato’ Aaron Aziz, Datuk Rosyam Nor, Dato’ Hj. Afdlin Shauki, Fadhli Masot, Amir Nafis, Dayang Areeda dan ramai lagi. Banduan menerima sokongan Insentif Penerbitan Filem Malaysia (FIMI) daripada FINAS dan mula ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia bermula 6 November 2025.
Turut hadir pelakon filem Tamil ‘Kaithi’, Karthik Sivakumar, pegawai FINAS, penggiat industri kreatif, tetamu jemputan dan rakan media.
Jom kita penuhkan pawagam! sokong filem tempatan!
#KementerianKomunikasi
#FINASMalaysia
#FilemKitaCitraKita
#MalaysiaMadani
#RancakkanMADANI
#Banduan
#SokongFilemTempatan

MALAY
