Pembangunan mampan boleh diertikan sebagai pembangunan yang dapat memenuhi keperluan masa kini tanpa melupakan keperluan generasi akan dating. Pembinaan pembangunan yang mampan memerlukan usaha keras dan kerjasama yang berterusan daripada semua pihak termasuklah badan kerajaan dan masyarakat. Keseimbangan sosial, ekonomi dan alam sekitar adalah penentu kepada kelestarian pembangunan.

Pasca pandemik Covid-19 adalah cabaran baru dalam kehidupan kita semua. Usaha kerajaan dalam menangani isu kesihatan sosial adalah dengan membendung penularan wabak Covid-19 seperti program pemberian suntikan imunisasi Covid-19 kebangsaan kepada semua golongan termasuklah warga tua, Orang Kelainan Upaya (OKU), Orang Asal dan golongan kanak-kanak. Hal ini dapat mendorong masyarakat memahami dasar kerajaan bagi memastikan kesejahteraan adalah milik bersama.

Bencana alam juga merupakan isu sosial yang memberi implikasi negatif sehingga menyebabkan darurat. Ia melibatkan kerugian struktur fizikal, kewangan, kesihatan malahan kematian. Usaha penduduk setempat, pihak kerajaan dan NGO (Non-Government Organization) diperlukan dalam menyelamatkan dan membantu mangsa-mangsa bencana alam seperti mangsa banjir, gempa bumi, tanah runtuh dan ribut taufan ketika fasa genting ini.

Dengan itu, pada tahun 2023 pihak Kerajaan menerusi KPKT memberi sebanyak RM 50 juta peralatan dan aset Angkatan Tentera Malaysia, Bomba dan RELA sebagai persediaan mendepani ancaman bencana. Terdahulu, kerjasama dijalinkan antara pihak kerajaan dan NGO bagi penyediaan bantuan penempatan sementara serta bantuan kesihatan kepada mangsa banjir. Ia dapat membantu mereka meredakan kesan psikologi yang telah dihadapi. Sokongan dan dokongan masyarakat keseluruhannya bagi menjaga kebajikan sosial dapat memperkuatkan komuniti menghadapi waktu sukar sebegini.

Usaha masyarakat seperti mengamalkan amalan kitar semula dapat mengurangkan intensiti pencemaran dan sisa daripada aktiviti pembandaran dan perindustrian. Dianggarkan sebanyak 38,123 juta tan sisa pepejal dijana setiap hari pada tahun 2020 menurut kajian Survey on Sold Waste, Characteristics & Existing Practice of Solid Waste Recycling in Malaysia (2012) menerusi Agenda Nasional Malaysia Sihat. Kesedaran masyarakat semakin meluas kerana kini pusat pengumpulan bahan makin mudah didapati seperti di pusat-pusat pendidikan, stesyen minyak dan pasaraya. Selain itu, terdapat juga usaha mewujudkan komuniti kebun bandar dengan mengadakan aktiviti penanaman sayur-sayuran di kawasan penempatan. Komuniti ini bekerjasama bagi memastikan kelangsungan rantaian bekalan makanan mereka sekaligus membantu ekonomi setempat daripada kebergantungan sumber luar.

Bagi mewujudkan pembangunan mampan yang berterusan, sistem dan penguatkuasaan undang-undang perlu diperkemaskan daripada pelbagai aspek seperti politik, badan institusi dan keadilan masyarakat supaya ianya dapat mengukuhkan ekonomi dan sosial yang menjadi punca kepada ketidakseimbangan yang berlaku. Malaysia yang bercita-cita menjadi sebuah negara yang maju perlu mencapai matlamat pembangunan yang mampan. Penglibatan aktif semua pihak dapat mendayaupayakan komuniti sekaligus memperbaiki keadaan hidup keseluruhannya.

1. Pembangunan mampan adalah impian setiap masyarakat dan negara. Lokasi di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Pembangunan mampan adalah impian setiap masyarakat dan negara. Lokasi di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

2. Amalan kitar semula merupakan nilai murni. Lokasi di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Amalan kitar semula merupakan nilai murni. Lokasi di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

3. Pertanian kebun bandar. Lokasi di Perumahan Awam Seri Perlis, Kuala Lumpur.
Pertanian kebun bandar. Lokasi di Perumahan Awam Seri Perlis, Kuala Lumpur.
4. Pemberian imunisasi vaksin untuk warga OKU. Lokasi di Menara Sime Darby Plantation, Damansara, Selangor.
Pemberian imunisasi vaksin untuk warga OKU. Lokasi di Menara Sime Darby Plantation, Damansara, Selangor.
5. Pemberian suntikan vaksin untuk kaum orang asli. Lokasi di Hospital Orang Asli, Gombak, Selangor
Pemberian suntikan vaksin untuk kaum orang asli. Lokasi di Hospital Orang Asli, Gombak, Selangor
6. Pemberian bantuan akibat sekatan banjir. Lokasi di Kuala Langat, Selangor.
Pemberian bantuan akibat sekatan banjir. Lokasi di Kuala Langat, Selangor.
7. Penduduk memberi makanan kepada lembu akibat banjir. Lokasi di RT Bukit Canggang, Kuala Langat, Selangor.
Penduduk memberi makanan kepada lembu akibat banjir. Lokasi di RT Bukit Canggang, Kuala Langat, Selangor.
8. Penempatan sementara mangsa banjir. Lokasi di SMK Semantan, Pahang.
Penempatan sementara mangsa banjir. Lokasi di SMK Semantan, Pahang.
9. Kehijauan di dalam kawasan bandar. Lokasi di Taman Rekreasi Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Kehijauan di dalam kawasan bandar. Lokasi di Taman Rekreasi Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
10. Penguatkuasa undang-undang kehakiman di mahkamah. Lokasi di Mahkamah Kuala Lumpur, Kuala Lumpur.
Penguatkuasa undang-undang kehakiman di mahkamah. Lokasi di Mahkamah Kuala Lumpur, Kuala Lumpur.
11. Pemberian suntikan vaksin kepada penduduk setempat. Lokasi di PPR Seri Sabah, Cheras, Kuala Lumpur.
Pemberian suntikan vaksin kepada penduduk setempat. Lokasi di PPR Seri Sabah, Cheras, Kuala Lumpur.
12. Pembangunan yang tidak seimbang diperlukan oleh semua pihak. Lokasi di Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
Pembangunan yang tidak seimbang diperlukan oleh semua pihak. Lokasi di Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
13. Kediaman yang aman dan tersusun menjadi impian setiap penghuni yang inginkan komuniti kejiranan yang sejahtera. Lokasi di Lebuh Raya Sungai Besi - Ulu Kelang (SUKE), Kuala Lumpur.
Kediaman yang aman dan tersusun menjadi impian setiap penghuni yang inginkan komuniti kejiranan yang sejahtera. Lokasi di Lebuh Raya Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE), Kuala Lumpur.
14. Mercu tanda Malaysia yang dikenali dunia menjadikan kebanggaan setiap warga negara. Lokasi di Lokasi di Lebuh Raya Sungai Besi - Ulu Kelang (SUKE), Kuala Lumpur.
Mercu tanda Malaysia yang dikenali dunia menjadikan kebanggaan setiap warga negara. Lokasi di Lokasi di Lebuh Raya Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE), Kuala Lumpur.
Foto dan Text:
Rafiuddin Abdul Rahman