#LensaFINAS
Selangor, 26 Mac 2024 – YBrs. En. Rozaidi Abdul Jamil (Zed Zaidi), Ahli Perbadanan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Warga Industri, Kebajikan dan Data Industri FINAS bersama wakil dari Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) selaku rakan kerjasama strategik jawatankuasa ini telah menziarahi tiga (3) orang penggiat industri di sekitar Selangor bagi Program Ziarah Seni Madani FINAS 2024.
Sejajar dengan objektif pelaksanaan program ini untuk menghargai sumbangan penggiat industri perfileman, MAPIM telah menyumbang bakul keperluan harian serta wang tunai sebagai salah satu inisiatif dalam menjayakan program ziarah di bawah Jawatankuasa ini. Selain itu, bagi rakan kerjasama strategik yang lain iaitu Yayasan FELDA, Koperasi Al-Najah (KL) Berhad, Eco Marine Group of Companies, AMD Holdings Berhad dan Angkasaraya Holdings Berhad akan turut menjayakan program ziarah ini pada sesi akan datang bagi mengekspresikan keprihatinan kepada warga penggiat industri yang ditimpa kesusahan serta keuzuran.
Antara penerima sumbangan hari ini ialah En. Abd. Rahman Mohd Daud (pengarah), En. Mohamad Jumal Mihd Yunus (penggiat belakang tabir) dan En Jaafar Onn Awang (pelakon). Turut hadir bersama YBrs. En Saeful Fadhly Hj. Moktar, Ahli Perbadanan FINAS, pegawai MAPIM dan juga wakil persatuan.
Kredit Gambar : @mapimofficial
#FINASMalaysia
#FilemKitaCitraKita
#MalaysiaMadani
#ZiarahSeniMadani2024

mapem