Petaling Jaya, 14 Februari – Selepas kejayaan pecah panggung filem-filem terdahulu seperti Abang Long Fadil 2 dan KL Special Force, Pengarah Harapan FFM25, Syafiq Yusof hadir bersama karya terbaharu beliau, filem ‘Misteri Dilaila’ terbitan Skop Productions dan Astro Shaw yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 21 Februari 2019 ini. Meneroka genre seram thriller yang melingkari Jefri apabila kehilangan isterinya, Dilaila ketika percutian mereka di sebuah banglo di Bukit Fraser dengan pelbagai kod aneh dan misteri yang akan merungkai pelbagai persoalan, filem ini menampilkan Zul Ariffin, Datuk Rosyam Nor, Nam Ron, Elizabeth Tan Sasqia Dahari, Mas Khan dan ramai lagi.

Majlis tayangan perdana filem ini yang berlangsung di MM Cineplex The Curve, Damansara malam tadi telah dihadiri penerbit, pengarah, pelakon, karyawan industri dan pihak media.