Sekitar program Wayang Budiman bertempat di Pusat Kajian & Apresiasi Filem, Alam Budiman, Shah Alam. Program tayangan dan bual santai yang membawakan slot istimewa sempena Rumah Terbuka Aidilfitri, Muhibah Malindo, menerusi filem usahasama Cathay-Keris (Singapura) dan Perfini (Indonesia) “Bayangan di Waktu Fajar”. Filem arahan ‘Bapa Perfileman Indonesia’ Usmar Ismail tahun 1963 ini mengisahkan persaingan dua beradik, Omar yang gemar berfoya-foya, dan adik tirinya Salim, yang menguruskan ladang getah mereka. Salim mengahwini Suryani, anak angkat keluarga mereka yang pernah dinodai Omar.

Hadir sama dalam program perkongsian dan sinergi ilmu ini ialah Dr. Norman Yusoff, Ketua Program Pasca Siswazah, Fakulti Filem, Teater & Animasi (FITA) UiTM, Encik Syahrul Fitri, Pensyarah Fakulti Filem, Teater & Animasi (FITA) dan pelajar-pelajar perfileman.