Hulu Kelang, 13 September-Di dalam aspirasi pemerkasaan kemahiran dan jaringan ilmu penggiat industri, FINAS melalui Unit Latihan Industri telah menganjurkan Bengkel Special Effect Make Up (Pertengahan) yang berlangsung dari 10-13 September 2019 di Studio L. Krishnan, FINAS Hulu Kelang. Diterajui tenaga pengajar berpengalaman yang terkenal di sebalik teknik kesan solekan untuk filem dan drama tempatan iaitu Ella Sandera, beliau telah berkongsi pelbagai teknik bersama para peserta yang hadir. Majlis penutupan program dan penyampaian sijil telah disempurnakan YM Raja Khairul Azman Raja Abdul Karim, Pengarah Pemasaran FINAS.