#LensaFINAS

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mempelawa IPTA/IPTS/Politeknik/Giat Mara/Pusat Kemahiran & Pusat Bertauliah yang berdaftar dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) yang berminat untuk memohon Program Reel Madani@Kampus. Program ini merupakan satu inisiatif Kerajaan MADANI bagi memperkasa komuniti belia yang mempunyai daya saing dalam bidang kandungan kreatif.

Program Reel Madani@Kampus juga sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan MADANI untuk mengetengahkan pertandingan filem pendek di antara komuniti belia di universiti atau kolej pengajian awam dan swasta berlatarbelakangkan Malaysia Madani.

– Maklumat lanjut, syarat kelayakan dan cara permohonan boleh dirujuk pada poster yang dilampirkan. Borang permohonan boleh dimuat turun melalui pautan berikut:- https://tinyurl.com/zz3ctn3r

– Tempoh permohonan: 20 Ogos 2025 – 30 September 2025

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Unit Pembangunan Bakat Kreatif FINAS di talian 03 41010 453/455/456/457 atau menerusi e-mel di: ubakatkreatif@finas.my.

#KementerianKomunikasi
#FilemKitaCitraKita
#FINASMalaysia
#RancakkanMADANI
#MalaysiaMadani
POSTER_INFOGRAFIK_IKLAN_REEL MADANIKAMPUS_OGOS 2025