#LensaFFM34
DAMANSARA, 8 Oktober 2025 – Siri Jelajah Promosi dan Publisiti Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) diteruskan lagi, kali ini membawakan kemeriahan ke SEGi University, Kota Damansara.
Program dimulakan dengan tayangan filem “Soloz: Game of Life”, disusuli sesi apresiasi bersama dua panel jemputan Syafiq Yusof (Pengarah) dan Oscar Tong (Pengarah Fotografi) yang berkongsi pengalaman dan pandangan mengenai pembikinan filem tersebut.
Acara turut dimeriahkan dengan sesi Temu Mesra bersama dua pelakon Soloz : Game of Life, Syafie Naswip dan Jihaa Hisham.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Jumpa lagi dalam edisi seterusnya Siri Jelajah Promosi dan Publisiti FFM34!
#KementerianKomunikasi
#FINASMalaysia
#FilemKitaCitraKita
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#FFM34
#KaryaKreatifSinemaDinamik