#LensaSinema
#Spotlight

FINAS ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah buat filem cereka tempatan ‘Roh’ (Soul) arahan sulung pengarah muda berbakat, Emir Ezwan yang terpilih mewakili Malaysia (Official Selection) di platform Asian World Film Festival (AWFF) bersama seleksi filem Asia terbaik untuk tayangan eksklusif di Los Angeles, Amerika Syarikat. Bakal menemui penonton dari 4-5 Februari 2021, filem seram terbitan Kuman Pictures yang dibintangi Nam Ron, June Lojong, Farah Ahmad, Harith Haziq dan Mhia Farhana ini terdahulunya terpilih sebagai penyertaan rasmi mewakili negara ke Anugerah Akademi (Oscars) bagi kategori Anugerah Filem Cereka Antarabangsa Terbaik.

facebook_1612509998157_6763357135311484475