Kota Kinabalu, 14 September-YBrs. En. Ahmad Idham Ahmad Nadzri, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS hari ini telah hadir dan berkongsi aspirasi pembangunan serta ekosistem industri bersama-sama para peserta bagi program ‘Kickstart’ yang diadakan di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Di dalam strategi pembangunan kandungan berkualiti menerusi aspek pemodalan dan insentif serta pembangunan modal insan, FINAS menerusi Bahagian Pengurusan Produksi dan Unit Latihan Industri telah mewujudkan inisiatif program ‘Kickstart’ bagi inkubasi kandungan serta jaringan ilmu untuk para penerima Dana Kandungan Digital (Dana Mikro). Justeru, seramai 20 orang peserta merangkumi penerima dana hari ini telah hadir untuk sesi bimbingan dan perkongsian ilmu secara intensif (mentorship) bagi komponen pengarahan dan videografi bersama penerbit, pengarah, penulis serta karyawan industri, En. Shanjhey Kumar Perumal.