Kuantan, 3 April – FINAS melalui Unit Latihan Industri dengan kerjasama PROFIMA sedang mengadakan bengkel “Lighting For Film & TV : The Feel di Hotel Seri Malaysia, Kuantan, Pahang bermula pada 3-7 April 2017. Sebagai komponen pembangunan modal insan, ilmu dan kemahiran di kalangan karyawan khususnya di belakang tabir, 27 orang peserta yang bertanggungjawab di dalam aspek penataan cahaya bagi sesebuah produksi turut hadir selama 5 hari dengan pengisian modul berkonsepkan teori dan praktikal bersama tenaga pengajar berpengalaman; Tn. Hj. Ali Hussin dan Arab.