Kamunting, 12 November – Di dalam aspirasi pembangunan modal insan dan pemerkasaan potensi bakat penggiat kreatif, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA) telah menganjurkan Bengkel Penataan Seni – Estetika dan Penghayatan selama 5 hari, bermula 5-10 November 2018 di Kompleks Rakan Muda Larut & Matang, Kamunting, Perak.

Di bawah inisiatif ‘Pembangunan Inkubasi Bakat’, program eksplorasi ilmu secara interaktif ini telah memberi pendedahan kepada 30 orang peserta mengenai teori, teknik dan integrasi kemahiran seni produksi dan penata seni melalui pendekatan praktikal ‘hands-on’ yang diadakan di dalam dan di luar kelas oleh Encik Fadzil Idris, pereka produksi dan pengarah seni yang berpengalaman luas dalam industri filem dan televisyen. Para peserta juga telah berjaya menghasilkan ‘story board’, ‘screenplay’ dan ‘stage for theater’ bertemakan ‘From Taiping with Love’ dan berlatarbelakang lokasi ikon bandar Taiping di akhir sesi bengkel.

Turut hadir menyempurnakan majlis penutup dan penyampaian sijil ialah Datin Rusila Hashim, Setiausaha Agung PROFIMA, Cik Syaizawati Zainal dan Puan Nur Khalifah Abdul Ghani, Pegawai Eksekutif Unit Latihan Industri FINAS serta para peserta bengkel.