Sepang, 13 Oktober – Di dalam aspirasi pembangunan modal insan dan pemerkasaan potensi serta kreativiti wartawan dan penulis hiburan tanah air sebagai jentera pembangunan industri, Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah menganjurkan Bengkel Seni Kreatif (Penulisan Skrip) yang berlangsung selama 2 hari bermula 13-14 Oktober 2018 di Hotel Movenpick, Sepang.

Program eksplorasi ilmu secara interaktif ini telah memberi pendedahan kepada 25 orang peserta mengenai penulisan skrip yang juga di bawah bimbingan penulis skrip yang juga pemenang anugerah, Siti Jasmina Ibrahim dengan fokus kepada eksplorasi idea, teknik penulisan, penerokaan kreativiti selain memberi platform perkongsian bersama para panelis iaitu pengarah dan penerbit filem tersohor, YBhg. Datuk Yusof Haslam, pelakon serta usahawan, Yana Samsudin serta figura berpengaruh media sosial, Khairul Hakimin Mohammad

Hadir merasmikan program dan menyampaikan sijil kepada peserta adalah YBhg. Datuk Yusof Haslam diiringi YBhg. Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin, Presiden Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dan para peserta bengkel.