Kota Kinabalu, 22 April 2018 – Bengkel Teknik Lakonan anjuran FINAS, Persatuan Penggiat Filem Sabah (FILEMS) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah diadakan di Fakulti Kemanusiaan, Seni & Warisan, UMS selama 5 hari bermula 18 hingga 22 April 2018.

Bertujuan untuk mengasah bakat lakonan dan seni persembahan di kalangan penggiat industri dan belia, para peserta didedahkan kepada pelbagai aspek dan mekanisme penting dalam persembahan lakonan yang berkualiti untuk pelbagai platform filem, TV ataupun teater oleh karyawan industri yang juga merupakan Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke 28 (FFM28), Pekin Ibrahim.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dr. Hj. Ismail bin Hj. Ibrahim, Dekan Fakulti Kemanusiaan, Seni & Warisan, UMS dan turut dihadiri YBhg. Datuk Deddy M. Borhan, Presiden Persatuan Penggiat Filem Sabah (FILEMS) dan Penasihat Industri Kreatif Sabah & Sarawak FINAS, Cik Siti Nor Aiysha Masaruddin, Penolong Pengarah Unit Latihan Industri FINAS, para peserta bengkel dan jemputan lain.